mummy nak cite la pasal hari bersejarah mummy and daddy. 22.2.2015. cantik kan tarikh tu? well well.. haha padahal kebetulan je tarikh tu.
ok, start dari pemilihan tema wedding. mummy taknak tied dengan adat. mummy taknak songket. tengkolok. keris. emm nak nampak lebih modern and open. mummy taknak pelamin. mummy taknak merenjis tawar. haa so wedding planner pun pening-pening, and design kan majlis yang sangat indah untuk mummy. Modern English Wedding theme (maroon+white). mummy dah cakap, nak paling simple, yet looks very elegant.
ni kad kahwen mummy. see, i told u. simple, tapi ikot citarasa mummy.
takde pre-wedding photoshoot. malu aihh belum nikah lagi, nak tayang gamba sesama masa wedding sendiri. lagipun, it's haraaamm. kat bunting ada gamba macam kat wedding card tu je. comey kan? takde inai yang macam tatu kat tangan tu sebab dah banyak kali daddy pesan, jangan sampai hilang barakah majlis kita. walopun mummy teringin ya amat-amat pakai inai cenggitu. hahaha. pasal jemputan, mummy jemput semua orang yg mummy kenal. friends and foes. haha ade foe ke? lols. sebab mummy nak mula hidup baru, dapat restu dari semua kenalan mummy.
Plan nak nikah kat masjid. nak cari keberkatan. last minute, masjid cakap, hari yang sama ada kursus haji pulak kat masjid tu. haha so buat kat rumah je. and lagi sekali wedding planner mummy pening sebab nak deco kat rumah pulak. mummy taknak pelamin. mummy cakap, nak bantal kecik je. tapi, wedding planner cakap, takpela, kita ambil pelamin kecik, nanti boleh tangkap gamba berdua. mummy macam, emmm, sukatilah. lagipun mummy dengan planner banyak discuss kat whatsapp je sebab mummy dok penang kan. huhu.
see, sweet je colour background pelamin ni.
oh ya, opah suruh nikah and reception hari yang sama je. sebab daddy kan jauh dari utara. so taknak susahkan family daddy nak datang dua tiga kali. baju nikah mummy and daddy di sponsor oleh nekngah dan tokngah. Mekap dari kawan baik mummy Nabilah Huda. Photographer selain pakcik muin adalah kawan baik mummy jugak, detty. Alhamdulillah, banyak sangat saving kat sini kan. kekeke.
ok hantaran pulak fully planner yang buat. opah busy dengan society. mummy busy dengan Master masa tu. malas fikir panjang.
sweet je kan? hantaran ni semua arranged kat atas stage yang atuk buatkan untuk mummy. sebab atuk pun ada taste elegant dia yang tersendiri. hahaha.
ok, alhamdulillah, sekali lafaz je. daddy memang the best. ekeke. lepas tu, terus majlis reception. memang takde pelamin merenjis tawar bagai semua. bila pengantin lelaki sampai, majlis doa selamat dari kumpulan emm tak ingat la ape nama kumpulan ni, tapi kumpulan ni ditaja oleh woman institution daerah gombak.
lepas tu, terus makan beradab tapi takde adab sangat la. hakhak. biasela mummy tak reti sangat adab-adab di meja pengantin. oh ya, catering mummy amek dari ukay perdana, gemilang catering. Harga rm12.90 per pax. tapi opah tambah lauk lagi (ikan dowry sweet sour, sambal sotong, sambal hijau masak minang). tapi pukul 3 dah habis licin semua nasi dan lauk. tetamu ramai lagi, nasib baik pihak catering ada reserve tambahan lagi 200 pax. and opah suruh tambah lagi 300 pax. so total tetamu hari tu, 2000 pax. pakej catering include nasi beriyani, nasi putih, lauk 5 jenis (+3 jenis opah add up), buah-buahan, kueh mueh 4 jenis, cendol, bubur, teh tarik and free set makan beradap and kek 3 tingkat. haaa banyak saving kat sini. hehe. Doorgift nak bagi cakes mula-mula, dah siap beli kotak. tapi persatuan opah nak sponsor, dorang letak cookies dalam kotak kek tu. jimat lagi dan lagi.
Baju suit daddy, mummy tempah kat Parit Buntar. kiranya suit daddy plus dress mummy, total dalam rm1000. atuk tak bagi sewa baju pengantin. sebab atuk bukan jenis suka pakai lebih-lebihan orang. amboi atuk ni buat abes duit mummy je. atuk cakap, biar pakai baju kurung beli kat mydin, jangan pakai baju yang org dah pakai. itu prinsip atuk awak tu. mummy pulak tanak kalah. haha. terus tempah suit and dress. gitewww. dress pun daddy da pesan, nak ketat-ketat nak tunjuk body kat sape? so, boleh nampak baju mummy tu beso semacam. ada jugak kawan-kawan mummy tanya nak pinjam set suit and dress tu. tapi sapa je la sama size dengan mummy. hakhak. so mummy simpan jela untuk anak-anak mummy nanti. ekeke.
backdrop sebagai ganti pelamin. ok make up mummy tebal amat. :3 nasib baik mummy comel.
Wedding dream mummy memang mummy nak jadi princess. so mummy usaha jugak untuk jadi seprincess yang mungkin. tu beli dress kembang-kembang. hakhak. ok, lepas acara potong kek, mummy and daddy cabut cabutan bertuah. ada 30 semuanya cabutan bertuah tu. hehe. semua orang happy dapat hadiah cabutan bertuah.
si kecik husna pun menang cabutan bertuah!
tujuan session cabutan bertuah supaya semua orang happy. and semua orang doakan kebahagiaan kami. aminnn.. hehe mummy memang suka meriah-meriah camni. ok last skali sesi bukak hadiah kawenn.. hahaha tapi sesi ni asyik terganggu sebab kawan-kawan mummy dari jauh datang lambat.
part of the hadiah. mummy dah tukar tudung. tengah selekeh masih ade tetamu. haha. :P
ohh satu part lagi mummy lupa. pasal guest book. guest book sangat special and mummy sangat suka!
so mummy sangat happy. eh rasa nak ulang balik hari tu. sebab majlis tu sangat sederhana dengan ramai yang datang meraikan. mummy rasa terharu, kawan-kawan mummy dari aussie, dari sarawak semua sanggup fly dari jauh nak datang majlis ni. lecturer-lecturer mummy dari penang datang jauh-jauh ke sini, kawan-kawan dari johor yang ambik cuti hari ahad sebab nak attend majlis mummy. kawan-kawan dari usm. geng smka yg bertungkus lumus dari beberapa hari sebelum tu. kawan-kawan mummy the fabulous girls samerian yang dari pukul 7 pagi datang semata-mata nak teman mummy. saudara mara, bos-bos PROTON, and semua lahh. mummy rasa tak mampu nak balas. sobbs sobbs.
ok next is pasal outdoor photoshoot. like i told before, elegant itu keyword mummy. mummy pilih waktu malam, sebab nak nampak classy and awesome. outdoor di tepi pantai, taman kat putrajaya, tepi sawah, and stesen ketapi is so oldschool. and mummy tak book detty and her husband hari yang sama kitorang kawen. tak elok kalau tetamu datang, penanten tak dapat layan kan? kami book, the day after. lagipun it is isnin, so the shoot team free sikit. hehe.
taraaa~ nampak cam kat eiffel tower kan?
ok till then. :)










No comments:
Post a Comment